Monday, 18 July 2011

Juvana The Best !!

Korang tgk x juvana malam td , pergh aku cakap memamng best giler tahap gaban lha , tpi episod dah habes x leyyy buad ape dah , tpi aku x dah tgk tv lha , klu cerita nie dah x de , rindu la same kow , erm , sedeyyynya . xpe lha nk buad mcm ne .


8  INFO Ringkas Berkenaan Drama Juvana tv3

  • DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3
  • sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara.
  • Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan denganrating yang dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu.
  • Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.
  • Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.
  • Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehinggakesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.
  • Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.
  • Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.
  • Terasa waktu begitu pantas berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya.

No comments:

Post a Comment